"Wazakkirfainnazzikraatanfau'lmukminin"

..Dan ENGKAU berikan peringatan,sungguh peringatan itu bermanfaat untuk orang-orang mukmin..

.....SELAMAT DATANG.....

..maRi mEnGeNaL NaMa2 ALLAH ROBBU JALAL..

Powered By Blogger

JuNdULLaH

JuNdULLaH

" TAT MAINNA QULUB "

" TAT MAINNA QULUB "

Save Islam !!!!!!

Save Islam !!!!!!

Wednesday, May 27, 2009

sEmALam ItU iNdAh BgKu..!

Posted by aminalhafiz zainol

^..BiSMiLLaHiRRaHmANiRRaHiM..^
semalam..
detik indah bagiku..
alhamdulillah..
tiada terucap..
melainkan
syukur kalam pertamaku..
selamat tinggal kenanganku..
selamat datang masa depanku...
restu telah bertapak di hati kedua umi n walid kami..
kini..
kau milikku..
ku milikmu..
namun kita berdua tetap milikNya slamanya..
satu harapan..
satu tujuan..
satu destinasi..
satu perjuangan..
satu pengorbanan..
demi redho Ilahi..
duniawi ukhrawi..
moga diperkenankan..
moga dijodohkan..
moga berkekalan..
moga sentiasa disirami nur kasih..
agar masjid yg bakal dibina akan berkekalan..
bersama putera puteri tersayang..
Aminnnn!!amin ya rabbal alamin..
~aReMeAnYsDa09~

Monday, May 25, 2009

Posted by aminalhafiz zainol

SUARA YANG DIDENGARi MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya


Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;


1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu?
• Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu?

• Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu?

• Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."?

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...

o Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah

o Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara

o Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

o Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara

Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan

 Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha

 Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

 Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal

 Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya

 Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

 Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

 Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat

 Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."


Ketika Mayat Siap Dishalatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

 Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat

 Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik

 Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...


 Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...


 Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis


 Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka

 Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian.... Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....

 Kini Kau Tinggal Seorang Diri

 Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

 Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

 Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri

 Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku

 Hari Ini,....

 Akan Kutunjukan Kepadamu
 Kasih Sayang-Ku

 Yang Akan Takjub Seisi Alam

 Aku Akan Menyayangimu

 Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang

 Kembalilah Kepada Tuhanmu

 Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya

 Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku

 Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"


Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaranbagimu!

Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
[aminnn!!!]
~aReMeAnYsDa09~

..MuKJiZaTNyA AzAn..

Posted by aminalhafiz zainol

Pesanan Semasa Mendengar Azan!...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya

"Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.


Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin..amin Yarobbalalaminnn



WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:


1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
~aReMeAnYsDa09~

..AnK Yg MEndErHaKA pAdA ALLAH n ibUnYa..

Posted by aminalhafiz zainol

Assalamua'laikum,

Cerita ini bukan rekaan atau hiasan,Ia adalah benar dan baru berlaku di OMAN.

Disini ade skit cerita utk pengajaran kita semua. attachment is gambar seorg wanita yg telah berubah bentuk badannya akibat menderhaka kpd Allah dan ibunya.kisahnya begini...


ade seorg budak pompuan ni...dia nk tgk tv....rancangan hiburan.

Kebetulan kat situ tu...mak dia tgh duk baca Al-Quran. dia marah kt mak dia, dan dia halau mak dia dr tmpt tu sbb dia kata bacaan Al-Quran dr mulut mak dia tu mengganggu dia. tp, mak dia teruskan jugak baca Al-Quran...tanpa hiraukan anaknya tu. Budak pompuan ni...dia rasa geram giler kat mak dia, lantas dia pun pegi rampas Al-Quran dr tgn mak dia, dan dia hempaskan ( buang )Al-Quran tersebut ke lantai.


mak dia terus pegi ambik Al-Quran itu dan terus peluk Al-Quran itu di dadanya. tiba2, budak pompuan tadi, terus rebah dan menggelepar kesakitan dan dgn kuasa Allah SWT, budak pompuan itu terus bertukar menjadi seperti haiwan(see attachment).

cerita ni berlaku kt Oman. skrg budak pompuan ni ditempatkan di sebuah
hospital di Oman.Kalau tak percaya contact hospital Oman dan siasat.
begitu lah padanya kalau kita derhaka pada Allah, Rasul dan kedua
ayahbonda kita. jd kan lah kisah ini sbg pengajaran. semoga kita dijauhkan dr tergolong dlm kalangan org2 yg derhaka...na'uzubillah.


cerita ni saya dh translate dr website bhs arab. utk rujukan..go to :
http://www.palislam.com.../ (See attached file: Hukuman.jpg

[kalu xjmpa page ni tny sy ye melalui comment di sini=)..]

~aReMeAnYsDa09~

..sUdAh TaHuKaH AnDa??..

Posted by aminalhafiz zainol

NAMA-NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA

Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda ketika Jibril bertanya kepada beliau tentang iman,

“Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari Akhirat dan beriman kepada takdir baik dan buruk-Nya” (HR. Muslim no. 8, dari Umar bin Khaththab radhiyallaHu ‘anHu)


Dalam hadits shahih yang lain Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,

“Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diciptakan kepada kalian” (HR. Muslim no. 2996, dari ‘Aisyah radhiyallaHu ‘anHa)


Berikut ini nama beberapat malaikat-malaikat Allah Ta’ala beserta tugas-tugasnya

1. JIBRIL - Menyampaikan wahyu
2. MIKAIL – Dialah yang diserahi tugas mengatur hujan , tumbuh-tumbuhan dan menyampaikan semua rizki di dunia.
3. ISRAFIL - meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan, tiupan kedua adalah tiupan kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan.
4. IZRAIL – Mencabut nyawa kita
5. MALIK - Dia adalah penjaga neraka
6. RIDHWAN - Dia adalah penjaga Surga.
7. MUNKAR DAN NAKIR - Menyoal kita apabila berada di alam Barzakh
8. ATID dan RAKIB – Menulis kebaikkan dan keburukkan

RUKUN IMAN

1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Rasul
3. Percaya kepada malaikat
4. Percaya kepada kitabAl-Quran
5. Percaya kepada hari akhirat
6. Percaya kepada qada dan qadar


RUKUN ISLAM

1. Syahadah ( Mengucap )
2. Sembayhang
3. Puasa
4. Zakat
5. Haji atau Umrah

~aReMeAnYsDa09~



..cUkUp2 La BuAt mAkSiAt..iNsAf LaH wAHAi TeMan2

Posted by aminalhafiz zainol

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham (Seorang Wali Allah s.w.t.) . Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya ."


Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan ? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah ?


"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya ? "


" Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya ! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.


Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya ? "


" Ya ! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.


Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya !


Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana ? Mana mungkin Allah tidak melihat kita ?


"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat ?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.



Ibrahim melanjutkan



Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ' Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh '." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku ? "


"Wahai Abdullah( Bahasa M'ysia Hamba Allah ), kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah ? "


" Baiklah, apa syarat yang kelima?"


Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke Api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya ."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya dan pasti aku kena mengikut Nya keNeraka kerana aku membuat makiat Diatas Dunia ini . "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.

Maka Air matanya bercucuran kerana keinsafan kemaksiatan .

" Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah ." katanya sambil terisak-isak.
[insaf??]
~aReMeAnYsDa09~

Posted by aminalhafiz zainol

Assalamualaikum


Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati hati


Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'


Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN ..hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah
.
~aReMeAnYsDa09~

Thursday, May 21, 2009

..SoLaT oRg Yg X DiTeRiMa ALLAH..

Posted by aminalhafiz zainol

Solat yang tidak diterima oleh Allah SWT.
Sabda Rasullulah SAW:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya" (Tabyinul Mahaarim)

Rasullulah SAW bersabda: 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT antaranya:
•Orang yang solat secara bersendirian tanpa membawa sesuatu.
•Orang yang solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
•Orang yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmumnya membencinya.
•Orang yang melarikan diri.
•Orang yang meminum arak tanpa mahu meninggalkanya (Taubat)
•Suami yang sedang marahkan isterinya.
•Perempuan yang solat tanpa memakai tudung.
•Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
•Orang yang memakan riba.
•Solat seseorang yang tidak dapat menahan-nya daripada melakukan mungkar.Sabda Rasullulah SAW:

"Sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menahan diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah swt.."


~aReMeAnYsDa09~

..KeLuArGa MaSyiTaH..

Posted by aminalhafiz zainol

DALAM perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui.
Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangatnya kuat dan jiwa keIslamannya sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.
Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.
Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah.
Apabila puteri itu mendengar perkataan `Allah', dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas dides ak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.
Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata : "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."
Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah.
Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.
Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun ker ana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran."
Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.
Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj.
Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.

~aReMaEaNySdA09~

Posted by aminalhafiz zainol

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

[Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran]\

~aReMeAnYsDa09~

Wednesday, May 20, 2009

..pEnCaRiAn HiDuP..

Posted by aminalhafiz zainol


Pernah mencari cinta?

Seperti plato mencari cinta, dia bertanya pada gurunya,

"Bagaimana saya menemukan cinta?"

dijawab oleh gurunya,

"Ada ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh berundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta."

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun. Gurunya bertanya,

"Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab,

"Aku hanya boleh membawa satu saja, dan saat berjalan tidak boleh berundur kembali (berpatah balik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak kuambil ranting tersebut. Saat kumeneruskan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawa ranting-ranting yang kutemukan kemudian tak sebagus ranting yang tadi, jadi tak kuambil sebatangpun pada akhirnya."

Gurunya kemudian menjawab,

"Jadi ya itulah cinta" Atau mungkin seperti Arjuna yang mencari cinta? mendaki gunung tertinggi, menjelajahi isi bumi, mengarungi laut samudra. Atau seperti Ibrahim A.S yang mencari cinta? ketika malam datang terlihat bintang, "inikah yang aku cari?" Tapi ketika pagi tiba bintangpun menghilang "aku tak menyukai yang tenggelam". Begitu pun ketika melihat rembulan, melihat matahari yang lebih besar sinarnya, hingga akhirnya beliau menemukan cintanya...

Yang menciptakan bintang, rembulan, matahari dan semuanya. Bagaimana? Sudah menemukan cinta? Mudah-mudahan kita sudah menemukan sumber cinta dari segala cinta (Allah SWT), seperti nabi Allah Ibrahim A.S. kerana insyaAllah dengan begitu kita akan menemukan cinta-cinta yang lain.

Cinta kepada Rasulullah SAW yang sangat mencintaimu, kemudian cinta kepada Ibumu dan ayahmu yang dengan cinta membesarkanmu, cinta kepada suami/isterimu yang mendampingimu, kepada keluargamu, kepada tetanggamu, orang-orang yang lemah di antaramu, kerabatmu, dan seluruh mahluk-Nya....


~aReMeAnYsDa09~

Tuesday, May 19, 2009

..SeLoKa BuAt BiDaDaRi SaNg pUtEri..daRi AM..=)

Posted by aminalhafiz zainol

..Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha penyayang..
Deruan angin melintar lalu

Menggeserkan pasir halus dipipiku

Kelihatan bulan diawangan

Ceria diraikan sang bintang berkedipan

Mujurlah semuanya setia meneman

Menemani hati y keruan

Membuatku tiada kesunyian

Aku tiada mengerti

Mengapakah hati

Merisik kesyahduan

Menjadikanku teringat insan tersayang

Tiada pernah terlepas difikiran

Setiap lirikan senyuman

Y menjadi tarikan

Bg siapa y kelihatan

Tanggal 18 april

Menjadi ukiran

Dihatiku terpahat selamanya

Sbg tanda keramat

Mengenal insan tersayang

Pejuang kelembutan pemanggil diri

Pelentur diriku

Pabila kemarahan

Amatlah tepat bidang yang dilayarkan

Sebagai nurse mata pencarian

Bertambahlah hatiku sayang

Hinggalah tiada gentar andai dicabar

Walau meredah sungai ara pinang…

Tiadalah gusar fikiran hati

Walau menjadi insan ke-3 memiliki

Kerna hati telah dibeli

Oleh Sang puteri y indah berseri

Tiada ungkapan y dpt kulafazkan

Melainkan hanyalah

Ida tersayang menjadi sebutan

mudahan Ilahi perkenankan

Hanis Syuhaida menjadi peneman

Tuk diriku hingga akhir hayat ini…
AMINNNNN..
[tq am..ida sgt menghargainya! syg am!..]
~aReMeAnYsDa09~

..oRg Yg TeRgOlONg DaLaM KaFiR..

Posted by aminalhafiz zainol

Sabda Rasullulah SAW:

"Ada sepuluh orang dari umat ini, yang mereka telah tergolong kafir terhadap Allah Yang Maha Agung, sedang mereka masih mengira bahawa mereka orang-orang yang beriman."


(1)Pembunuh tanpa kebenaran hukum.

(2)Tukang Sihir.

(3)Dayus, Yakni suami yang tidak berasa cemburu terhadap isterinya.

(4)Orang yang menahan mengeluarkan zakat.

(5)Orang yang meminum arak.

(6)Orang yang sudah sampai kewajipan keatasnya untuk menunaikan haji, tetapi dia tidak mahu melaksanakannya.

(7)Orang yang menyebarkan fitnah.

(8)Orang yang menjual senjata kepada musuh.

(9)Suami yang menyetubuhi isterinya dari pintu belakang.

(10)Orang yang menikahi perempuan yang mempunyai hubungan keluarga dengannya yang mana diharamkan mengahwininya.


Jika dia menganggap bahawa semua perbuatan ini hukumnya halal maka, dia telah kafir..

~aReMeAnYsDa09~

..RaMaInYe GoLonGaN waNitA di NeRaKa..huhu..

Posted by aminalhafiz zainol

Salah satu Peristiwa daripada Israk Mikraj

Rasulullah S.A.W. Bersabda,

Golongan yg ramai dilihat di NERAKA adalah
kaum wanita.


LAPAN seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.


Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan :

(1) Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

(2) Perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

(3) Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

(4) Perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bers uci selepas habis haid dan nifas.

(5) Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.


(6) Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang lain melihat akan perhiasannya.


(7) Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.


(8) pula perempuan yang Baginda nampak yang rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


Wallahualam
~aReMeAnYsDa09~

..SuDaHkAh KaMu BeRsEDia utK MaTI??..

Posted by aminalhafiz zainol

Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam.. tak nampak apa pun, cuma dua biji mata and membawa mesin gun...lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari parajemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah..."Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... ""Lawakkan berapa banyak manusia
yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...""Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...
Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran""Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia""Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Beringatlah wahai saudara dan saudariku sekelian, Bukan setakat nama kita saja Islam kita akan selamat di Akhirat nanti tapi orang Islam yang beriman kepada Allah sahaja yang akan selamat di Akhira nantit. Faham betul-betul dan jangan menyesal selepas datangnya malaikat maut kepada kita barulah kita nak bertaubat dan beriman kepada ALLAH, Sorry my dear itz to late…….. jadi kalau kamu dah sedar segeralah bertaubat kepada ALLAH dan mulakan kehidupan yang baru. Allahualam…..

SUDAHKAH KAMU BERSEDIA UNTUK MATI..

..WASSALAM..
~aReMeAnYsDa09~

..LuCu Ya??..

Posted by aminalhafiz zainol

Rasulullah S.A.W. Bersabda,

“Seorang wanita yang membuka auratnya atau bahkan mengenakan pakaian yang ketat, tidak akan mencium wanginya surga selama lebih dari 500 tahun.

Rasulullah S.A.W. Bersabda, “Debu yang menempel pada diri seorang pria ketika keluar di jalan Allah, tidak hanya api, tapi asap neraka diharamkan untuk seluruh bagian tubuhnya.”

Rasulullah S.A.W. Bersabda, “Aku hanya mengutuk 3 jenis orang”

1.Orang yang tidak menjaga orang tua mereka ketika tua

2. Orang yang tidak mengambil hikmah dari bulan ramadhan yang diberkahi.

3. Orang yang tidak mengucapkan, 'Salallahu -Alayhay- Wa-Aalahay Wasallam'
ketika namaku disebutkan.“

Rasulullah S.A.W Bersabda, “Orang yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan kematian

“Lucu ya.. Betapa mudahnya orang mengabaikan Allah... Dan mereka terheran – heran mengapa dunia menjadi hancur


“Lucu ya.. Kita percaya apa yang tertulis di Quran.. tapi mempertanyakan yang tertulis di dalam alqur’an”

“Lucu ya... bagaimana setiap orang ingin masuk syurga yang disediakan,tapi mereka tidak mempercayai, berfikir, berkata, atau melakukan apapun yang tercantum di qur’an”

“Lucu ya bagaimana orang bisa berkata ‘Aku percaya Kepada Allah’..tapi masih mengikuti syaitan (Siapa,yang juga ‘mempercayai’ Allah)


“Lucu ya.. Kita bisa mengirim ribuan ‘lelucon’ melalui e-mail dan mereka menyebar seperti api.. Tapi ketika kamu mulai mengirim pesan tentang Allah, orang – orang berfikir 2 kali untuk berbagi


Lucu kan?


“Lucu ya, bagaimana orang begitu berbondong – bondong setiap hari jum’at mengingat Allah...tapi jadi muslim yang tak terlihat di sisa minggunya”

“ “Lucu ya bagaimana kita bisa lebih khawatir apa yang orang pikirkan tentang kita...daripada apa yang Allah fikirkan tentang kita”


“Akankan anda membagi pesan ini dengan orang yang anda sayangi atau tidak ?

Dengan Menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah, yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun

ALLAHU AKBAR
Allah Maha Besar
~aReMeAnYsDa~

Sunday, May 17, 2009

..6 PeRkArA ALLAH SemBuNyiKaN..

Posted by aminalhafiz zainol

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar
sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
..Wallahualam..
[tekunlah kamu dlm mengerjakan suruhanNYA..dan meninggalkan segala laranganNYA]


~aReMeAnYsDa09~

AL-BAQIK

AL-BAQIK