Siapakah........ ?????
Abu Hurairah r.a
Kelahiran dan riwayat hidup beliau:-
Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhrin Ad-Dausiy.- Beliau dibesarkan dalam keadaan yatim dan beliau pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan.- Beliau dilahirkan di Yaman di dalam sebuah keluarga yang fakir dan tidak mempunyai kaum keluarga kecuali ibu beliau.- Pada zaman jahiliah beliau bernama Abdul Syams.
Pengislaman beliau: -
Beliau memeluk Islam melalui At-Tufail bin Amru Ad-Dausiy dan beliau terus menetap di Yaman di dalam kaum beliau (Kaum Daus) malah beliau tidak pernah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w di Madinah kecuali selepas enam tahun setelah berlaku peristiwa Hijrah.-
Rasulullah s.a.w menamakan beliau dengan Abdul Rahman, walau bagaimanapun baginda sering memanggil beliau:
"Wahai Abu Hirr!".-
Sebab beliau dipanggil dengan Abu Hurairah ialah kerana pada masa kecil beliau mempunyai seekor kucing kecil sebagai teman permainan beliau menyebabkan kawan-kawan beliau memanggil beliau dengan panggilan: Abu Hurairah.
Beliau diberi penghormatan menjadi pembantu Nabi:-
Selepas Abu Hurairah memeluk Islam, beliau hanya menghabiskan masa beliau untuk menemani Nabi s.a.w dan melayan baginda.- Abu Hurairah menyeru ibu beliau supaya memeluk Islam, lalu ibu beliau menyahut seruan tersebut dengan memeluk Islam selepas Rasulullah s.a.w berdoa untuknya. Abu Hurairah banyak berbakti kepada ibu beliau. - Abu Hurairah sentiasa tinggal di As-Suffah (sebuah tempat yang terdapat di masjid Rasulullah yang dikhususkan sebagai tempat tinggal para sahabat yang miskin). Beliau sentiasa bersama-sama dengan Nabi s.a.w walau di mana baginda berada dan tidak pernah berpisah dengan baginda menyebabkan beliau dapat menghafal hadis dengan jumlah yang terlalu banyak, lebih-lebih lagi selepas Rasulullah s.a.w berdoa kepada beliau supaya tidak melupakan ilmu yang didapati.- Abu Hurairah telah menghafal sebanyak lebih dari 1,600 buah hadis daripada Rasulullah s.a.w dan beliau pernah berkata: "Aku sibuk menghafal sedangkan saudara-saudara aku dari kalangan Muhajirin sibuk dengan perniagaan mereka manakala saudara-saudara aku dari kalangan Ansar pula sibuk dengan pertanian mereka.
Kesukaan beliau terhadap ilmu:-
Abu Hurairah terlalu sukakan kepada ilmu malah beliau juga suka sekiranya ilmu dipelajari oleh orang lain sehingga sampai ke peringkat beliau pergi berjumpa dengan orang ramai yang berada di sebuah pasar di Madinah lalu beliau berkata kepada mereka: "Kamu duduk di sini sedangkan pusaka Nabi s.a.w dibahagikan di masjid, apakah halangan kamu?" Mendengar kata-kata tersebut orang ramai terus pergi ke masjid, mereka mendapati tidak ada apa-apa yang berlaku di sana kecuali orang-orang yang mendirikan sembahyang, membaca kitab suci Al-Quran dan orang-orang yang duduk di dalam majlis pengajian ilmu. Mereka semua merasa hairan terhadap Abu Hurairah lalu beliau berkata kepada mereka:
"Itulah pusaka Nabi s.a.w."- Ketika harta semakin bertambah banyak dan kebaikan mula melimpah ruah serta harta rampasan perang sentiasa dapat diraih hasil dari pembukaan kawasan Islam, kehidupan Abu Hurairah mula berubah di mana beliau mula memiliki harta, rumah, kekayaan, isteri dan anak-anak. Walaupun begitu, kesukaan beliau terhadap ilmu, tawaduk beliau, kerajinan beliau melakukan ibadat, kesungguhan beliau dan ketaatan beliau sedikitpun tidak berubah.
Kewarakan dan ketakwaan beliau:-
Pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian, Abu Hurairah dilantik menjadi gabenor di Madinah. Walaupun demikian jawatan tersebut tidak mempengaruhi kewarakan dan ketakwaan beliau walaupun sedikit malah beliau sentiasa berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada waktu malam.- Abu Hurairah r.a sering menyebut kata-kata beliau:
"Aku dibesarkan dalam keadaan yatim, aku berhijrah dalam keadaan miskin, aku pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan dengan bayaran sekadar cukup untuk mengisi perut aku. Aku membantu orang ramai ketika mereka turun dari binatang tunggangan dan aku mengangkat barangan mereka ketika mereka menunggang. Lalu Allah mengahwinkan aku dengannya (iaitu Bisrah binti Ghazwan). Oleh yang demikian segala puji bagi Allah yang menjadikan agama dapat berdiri tegak dan menjadikan Abu Hurairah sebagai seorang pemimpin."
prepared
are_danys
Liku-Liku Kehidupan
Erti LA ILA HA ILLAWAH
Iilaha - tareqat
Illa - hakikat
Allah - Makrifat
Sifat-Sifat Manusia :
SURAH AL-ISROK ayat ( 100 )
SURAH IBRAHIM ayat ( 32-34 )
SURAH MAARIJ ayat ( 19-21 )
Firman ALLAH :
-ALLAH S.N.W berfirman Allah sama sekali tidak akan membiarkan kita mengikut jejak Syaitan..
Hadis Nabi S.A.W
FIRMAN ALLAH S.W.T
ayat ( 34 ) yg berbunyi :
DI HARI AKHIRAT KELAK
ALLAH S.N.W PASTI AKAN BG KITA
INGAT KEMBALI APA YG KITA LAKUKAN
DI MUKA BUMI ALLAH NI......
Jannah
QOLA TAALA :
mAkSuDnYa : Bahkan sesiapa yg menyerahkan dirinya hanya pada ALLAH semasa melakukan kebajikkan maka baginya pahala d cc NyA
HADIS NABI S.A.W
Sabda Baginda : Di beritakan dr Binjab At-Tamimi : RASULULLAH S.A.W brsabda ,tidak akan masuk SYURGA org yg sedikit sebesar biji sawi dlm hatinya ada IMAN ttp skrnya ada sebesar biji sawi perasaan riak,suma'ah maka nerakalah tempat yg layak baginya...
FIRMAN ALLAH S.W.T
ayat ke ( 77 ) yg berbunyi :
WAHAI ORG2 YG MENJUAL SUMPAH
ALLAH S.N.W SAMA SEKALI TIDAK AKAN
MELIHAT MU D YAUMUL AKIHIRAT....
Kata2 HiKmAh
Hadis Nabi S.A.W
( Hi Asma ! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haid (cukup umurnya) tidak patut di perlihatkan tubuhnya itu,melainkan ini & ini....
Sambil ia menunjukkan muka & tapak tanganya
( RIWAYAT ABU DAUD )
Aurat Wanita
surah an-nur ayat :
31
Kesalahan MENUTUP AURAT
QO LALLAH :
mAkSuDnYa : apakah ada agama selain ISLAM yg ingin kamu cari ??????Ingatlah kpd ALLAH kamu akan kembali...
Hadis Nabi S.A.W
# Liku-liku ke SYURGA
- Jgn Mencari Ketinggian
- Jgn melakukan Kerosakkan
Firman ALLAH :
Di akhir ayat ni ALLAH menceritakan Malaikat mendoakan kita dgn d pelihara mereka dari balasan kejahatan..
ertinya :Dan org2 yg engkau pelihara dari pembalasan kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah engkau anugerahkan rahmat kpdnya dan itulah kemenangan yg besar..
AL - HADIS
Riwayat :
IBNU ABI SYAIBAH
Full time 4islam
....BiJaKsAnA...
Jawabnya :
Sabda Baginda walaupun hebat mana kamu wahai manusia,adakah kamu akan terlepas di atas TITIAN SIROTOL MUSTAQIM ????
fIKIRLAH SAUDARA KU SEKALIAN !!!!!
TAABUD DULLAH
ertinya :
sesiapa yg menyerahkan dirinya kepada ALLAH dalam ia melakukan kebaikan maka sesungguhnya ia telah berpegang pada buhul taki yg kokoh...
GANJARAN
Allah S.N.W berfirman yg berbunyi :
satu kebajikkan kamu nescaya aku ( ALLAH ) mambalasnya dgn berlipat ganda...
SODAQOLLAH HUL AZIM
OHHH..TUHANKU
yg berbunyi...
Pada Hari QIAMAT muka mereka akan kami bolak balikkan di dalam api Neraka..Lalu mereka berkata " ALANGKAH BAIKNYA KAMI TAAT PD MU&RASUL MU YA ALLAH...
sesal dahulu syurga ganjaranya sesaL d sana nerakalah JAWABNYA !!!!!!!
Konsep Hamba....
Redo - pd segala ketetapan ALLAH
Tawakkal - mintak perlindungan dripdnya
JGN SESEKALI PUTUS ASA MEMOHON PADANYA
LihAt pEsAnAn aNdA
..mAsA ItU SePeRti pEdAnG :..
KALENDER HIJRAH
AL - Islam
................aLwAkTu...............
..WeBsItE kEgEmArAn Ku..
..BERITA HARIAN ONLINE..
..UTUSAN ONLINE..
..MALAYSIA KINI ONLINE..
..bEriTa tErKiNi dAri PALASTIN..
..fRiEnDs..
FI SABILILLAH !!!
aWaK-aWaK KiTe.....
LEKS JAP BEP !!!!
Ma RoKyAk ???
..maRi mEnGeNaL NaMa2 ALLAH ROBBU JALAL..
JuNdULLaH
" TAT MAINNA QULUB "
Save Islam !!!!!!
Wednesday, July 8, 2009
Menjengah Rona Alam
Tatkala melangkah ke ruang luas cubalah menyoal sanubari sendiri kenapa kita berdiri di sini?Tatkala jawapan kau perolehi terjahkan pula pertanyaan kenalkah kau pemilik kerajaan maya ini?Dua pertanyaan ini pasti menghurai jawapan panjang kerana Dia Pencipta Yang Maha TahuPemunya kerajaan di langit dan di bumi tanpa sekelumit pun di sini yang bukan kepunyaan-Nya insan dicipta pelbagai dan berbangsa kelompok kabilah begitulah juga haiwan, unggas dan serangga cuma satu yang digariskan bernama taat dan takwa menunaikan yang diperintah dan tinggalkan larangan setiap satu pasti punya guna dan manfaat hasil dicipta membias dalam rona pelbagai rupa tujuh rona pelangi memancar indah menyebar dalam flora dan fauna-Nya
lantas bergegaslah sang rama-rama, sang pepatung dan sang lebah ke dalam hakiki tugasnya inilah bukti taatnya mereka menerima fitrah lakaran kejadian tanpa banyak karenah bersoal.......
Dalam nyanyian zikir tulus menebar bakti mempercepat proses pendebuan dari bunga ke bunga lalu lahirlah hasil buah-buahnya untuk dirasai semua makhluk hendaknya apatah lagi yang bernama manusia dicipta dalam sebaik-baik kejadian-Nyakadang waktu haiwan itu terlebih baik akhlak lakunya kerana tiada manusia menjelma dalam kelompoknya namun citra manusia itu amat berbeza kemanusiaan nya sering terlindung dalam kejahatan melebihi haiwan......
Bukankah perintah sudah diperjelaskan bahawa ketaatan buat-Nya mesti diadun tanpa berbelah bahagi kerana menyedari bahawa kita hanya ciptaan nan lemah milik-Nya yang paling hakiki…tiada harta milik abadi ! Ini jawapan pasti
tak perlu serakah berhaloba diri alam ini iktibar nyata betapa rapuh dan baharunya kita boleh dijemput atau direntap pada bila-bila waktu dan ketika kerana Dia Yang Maha Tahu sampai bila kita bakal berada di sini…
Lalu selagi ada usia dikandung badan tunai kanlah kewajipan taat perintah itu hanya buat Dia Sang Pencipta Yang Maha Pengasih Lagi PenyayangYang Maha Agung Keampunan-Nya!