"Wazakkirfainnazzikraatanfau'lmukminin"

..Dan ENGKAU berikan peringatan,sungguh peringatan itu bermanfaat untuk orang-orang mukmin..

.....SELAMAT DATANG.....

..maRi mEnGeNaL NaMa2 ALLAH ROBBU JALAL..

Powered By Blogger

JuNdULLaH

JuNdULLaH

" TAT MAINNA QULUB "

" TAT MAINNA QULUB "

Save Islam !!!!!!

Save Islam !!!!!!

Sunday, May 17, 2009

..6 PeRkArA ALLAH SemBuNyiKaN..

Posted by aminalhafiz zainol

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar
sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
..Wallahualam..
[tekunlah kamu dlm mengerjakan suruhanNYA..dan meninggalkan segala laranganNYA]


~aReMeAnYsDa09~

..BiLaNgAn MaLaiKaT..

Posted by aminalhafiz zainol

Malaikat terlebih dahulu diciptakan daripada manusia pertama, Nabi Adam a.s. Bilangan Malaikat tidak terkira banyaknya. Nisbahnya dengan jin dan manusia ialah malaikat: 90, jin: 9, dan manusia: 1. Ini bermakna, setiap sepuluh orang manusia, terdapat 900 ciptaan mahluk malaikat.

Malaikat Mendengar Khutbah
Pada setiap hari Jumaat, para malaikat akan mencatat kehadiran orang Islam yang datang untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Mereka berdiri di setiap pintu masjid dan menuliskan nama orang yang mula-mula datang. Kemudian dicatatkan pahalanya. Kemudian dicatatkan lagi, siapa orang seterusnya. Apabila khatib telah duduk di mimbar, buku kehadiran pun ditutup. Para malaikat tadi akan masuk untuk sama-sama mendengar khutbah Jumaat.
[so kpd kaum lelaki..dtg la awal ye kalau x..xde la pahala utk kehadiran..kn dah rugi 2!]

Seksa Kubur
Suatu ketika, dua orang wanita Yahudi datang bertemu Sayidatina Aisyah. Mereka berceritakan tentang ahli kubur yang diseksa di dalam kubur masing-masing. Tetapi Siti Aisyah tidak mahu mempercayai cerita yang dibawa oleh dua wanita Yahudi itu. Apabila Rasulullah datang, Siti Aisyah pun menceritakna tentang kedatangan dua orang tetamu Yahudi itu. Beliau turut memberitahu apa yang telah disampaikan oleh wanita-wanita dalam cerita mereka. "Benar, memang ahli kubur itu diseksa, sehingga seksaan mereka itu terdengar oleh binatang ternakan," jawab Rasulullah s.a.w.
[jauhilah km dari azab kuburMU..permudahkan lah sgala urusan km..]

Pakaian Penghuni Syurga
Kain sutera adalah sejenis kain yang sangat lembut dan mahal harganya. Hanya orang perempuan yang dibenarkan oleh Islam memakai pakaian daripada kain sutera, manakala orang lelaki dilarang memakainya. Tetapi di syurga nanti, sesiapa pun akan diberi pakaian daripada kain sutera yang cantik-cantik. Menurut keterangan al-Quran, penghuni-penghuni syurga akan memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera halus dan sutera tebal atau sutera kembang. Tentulah begitu selesa dipakai dan jauh lebih indah daripada sebarang pakaian yang ada di dunia.
[MASYAALLAH..xdapat nk bygkan betapa indahnya nikmat yg ALLAH bg!]


Tujuh Lapisan Neraka
Neraka mempunyai tujuh lapisan. Setiap lapisan mempunyai satu pintu. Lapisan yang paling bawah adalah lapisan neraka yang paling berat dan dahsyat seksaannya. Tujuh lapisan neraka tersebut ialah Neraka Jahannam, Neraka Saqar, Neraka Lazha, Neraka Huthamah, Neraka Sa'ir, Neraka Jahim, dan Neraka Hawiyah. Semua lapisan itu diisi dengan pelbagai bentuk penyeksaan yang berat. Melihat wajah Malaikat Malik yang menggerunkan pun sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja berasa sangat takut, apatah lagi untuk diseksa di dalam mana-mana lapisan neraka.
[jauhilah km dari azab api nerakaMU..aamiiinnn!]

Taman Syurga
Syurga dihias dengan taman-taman yang indah dan mengasyikkan. Di taman-taman itu terdapat sungai-sungai dan pohon buah-buahan. Di taman syurga juga terdapat mata air yang memancar deras airnya dan teduhan yang terbentang memanjang. Pemandangannya sungguh menyenangkan hati dan menggambarkan sebuah kerajaan yang besar. Udaranya pula sangat nyaman. Tidak panas dan tidak sejuk. Setiap orang yang berada di taman syurga boleh menikmati sungai yang airnya mengalir tenang. Mereka boleh memetik buah-buahan yang pohonnya rendang-rendang dan sentiasa berbuah tanpa mengikut musim.

[alangkah indahnya nikmat di syurga..semoga km tergolong dalam penghuni syurgaMU..amiiinnnn!!]


~aReMeAnYsDa09~

..wHaT???..

Posted by aminalhafiz zainol

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya....
Soalan yang pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
(Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua....
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama..

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....
"Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan SOLAT". Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.

Dan pertanyaan keenam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..

..WALLAHUALAM..

~aReMeAnYsDa09~

..HiKmAT AyAt aL-KuRsi..

Posted by aminalhafiz zainol

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan dihati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah s.a.w tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
( Amalkan Memberi Salam Selalu )

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya daripada gangguan syaitan sehingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan ALLAH S.W.T. hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

~aReMeAnYsDa09~

..fRiDaY Da 13Th..

Posted by aminalhafiz zainol

...Assalamua'laikum wr wb...

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "
jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

...Wassalam...

~aReMeAnYsDa09~

..bEtAPa MuLiAnYa rAsuLuLLaH..

Posted by aminalhafiz zainol

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
"Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka
kalian akan dipengaruhinya".
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan
membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah
SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW praktis tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke
rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah
kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".
Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana, kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?". Abubakar RA menjawab"Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan
tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu
selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil
berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa
datang
padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu
telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan
Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?
Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah
mem! arahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan
setiap pagi,
ia begitu mulia.... " Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan
Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim..
..WALLAHUALAM..

~aReMeAnYsDA09~

AL-BAQIK

AL-BAQIK