"Wazakkirfainnazzikraatanfau'lmukminin"

..Dan ENGKAU berikan peringatan,sungguh peringatan itu bermanfaat untuk orang-orang mukmin..

.....SELAMAT DATANG.....

..maRi mEnGeNaL NaMa2 ALLAH ROBBU JALAL..

Powered By Blogger

JuNdULLaH

JuNdULLaH

" TAT MAINNA QULUB "

" TAT MAINNA QULUB "

Save Islam !!!!!!

Save Islam !!!!!!

Sunday, November 8, 2009

kEiStImEwAAn KaUm HaWa!!

Posted by aminalhafiz zainol

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tertulis dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita. Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebaikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya."

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

FaDhilAt bErSeDeKaH

Posted by aminalhafiz zainol

1. Hadis daripada Abu Hurairah, katanya: Aku dengar Rasulullah saw bersabda: Kata seorang sahabat: Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir? Jawab Nabi: bahawa meraka adalah makhluk ALLAH. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat TUHAN yang RAHMAN!
2. Malaikat berseru: Hai Tuhanku! Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yg enggan(bakhil) bersedekah hartanya. (Al-Hadis)
3. Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan sedekah terang-terangan itu pengadang neraka.
4. Kata ulamak: Sedekah itu 10 kepujian; 5 di dunia dan 5 di akhirat
· 5 di dunia
§ mencucikan hartanya
§ mencucikan badannya
§ menolak bala dan penyakit
§ menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulai amal
§ berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
· 5 di akhirat
-dinaungkan ALLAH orang bersedekah dihari qiamat ketika sangat panas
-ringan hisabnya
-berat timbangan(amalan) di akhirat
-mudah melalui titian Siratulmustaqim
-bertambah darjatnya di dalam syurga
5. Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan (Al-Hadis)
6. Takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma, kiranya tidak berupaya maka bercakaplah dengan perkataan yang baik (menjadi sedekah juga bagimu) Al-Hadis
7. Bersedekahlah kamu ke atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air. Kalau tiada berkemampuan bacalah satu ayat kitab ALLAH, kalau tidak tahu membacanya, maka berdoalah kamu kepada mereka dengan minta diampuni dan dirahmati ALLAH kepada mereka
8. Jangan menghinakan berbuat kebaikan(bersedekah) walau sedikit sekalipun. Bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah ia akan sedekah. Apabila dating peminta sedekah kepadamu janganlah ditolak akannya dengan jahat walau sedikit pun. Berbahasalah dengan manis muka. Jangan mencaci dan menengking kepada peminta sedekah kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar dosanya daripada pahala sedekahmu itu walau sedekahmu itu separuh daripada hartamu. Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta pada mu itu kerana kadang-kadang datang kepadamu itu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang deberi ALLAH daripada nikmatNYA (rezeki) kepadamu. (Al-Hadis)
9. Barangsiapa menengkin g kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh Malaikat pada hari qiamat.( Al-Hadis)
10. Maskahwin bidadari itu(sedekah) segenggam buah kurma dan sebelah roti(Al-Hadis)
11. Tiada kurang harta dari sedekahnya itu. (Di dunia ditambah berkat hartanya dan menolak bala, di akhirat diberi pahala, diampun dosanya dan dikurniakan syurga. (Al-Hadis)
12. Sabda Nabi saw: ASSODAQOTU SYAIUN A’ZHIMUN.. “Sedekah itu adalah sesuatu yang amat besar”- diulangi baginda 3x ( begitu sekali Nabi menekankan kebesarab kelebihan bersedekah)
13. Sedekah menolak bala dan memanjangkan umur. (Al-Hadis)
14. Dari sebuah Hadis mengisahkan: Bahawa seorang membuat jamuan maka ALLAH menyuruh datang Malaikat 44 harisebelum diadakan jamuan. Malaikat itu merupakan burung putih, dua sayapnya panajang di antara masyriq dan maghrib. Dia berhenti di pintu rumah, lalau menyeru ahli rumah, lalu dijawab oleh Jibril: Apa maksudmu dengan agli rumah itu? Maka jawab Malaikat itu: Aku diutus oleh ALLAH kepada ahli rumah ini utk menggembirakan mereka bahawa jamuan mereka pada hari ……… inilah rezeki bersamaku dari syurga, dan bersama burung itu surat yang termetri pada mulutnya. Bertanya Jibril: Apa surat itu? Jawabnya: Di dalamnya tertulis mereka ahli rumah itu terlepas daripada neraka. Lalu diambil oleh Jibril surat itu dan dibukanya-tertulis di dalamnya:
BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM BAROATUN MINAL WAHIDIL QAHHAR
“Allahul Wahidul Qahhar melepaskan ahli rumah daripada api neraka”
Bagaimana, adakah menggembirakan engkau? Jawab Jibril: Ya, menggembirakan aku- gembira Jibril dan bercahaya mukanya kerana umat Muhammad terlepas daripada neraka. Kata Jibril: ALLAH utuskan aku, bahawa aku tulis bagi merak beberapa kebaikan, aku gugurkan beberapa kejahatan, aku angkatkan mereka beberapa darjat sehingga berhenti jamuan itu. Maka ALLAH ampunkan dosa2 mereka yang hidup dan yang mati dari ahli rumah itu dan yang hadir dalam jamuan itu.( Dari kitab RAUDHUL ULAMA’)
15. Orang yang taat kepada ALLAH dengan ibadatnya dan taat kepada ibu bapanya, tetapi bakhil – ia tiada bersedekah, maka ia diazab atas dosa bakhilnya di akhirat. Dia dimasukkan ke dalam neraka.
16. Berfaedah sedekah apabila sedekahnya daripada harta yang halal,maka diampunkan dosanya,diberikan pahala kepadanya, dilepaskan daripada bala, dilepaskan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila ia bersedekah dengan harta yang haram tiadalah apa2 faedah baginya melainkan azab ALLAH ke atasnya kerana memberi yang haram kepada orang. Bersabda Nabi saw: Di dalam neraka jahanam ada sebuah rumah yg bernama “BaitulHuzni” disediakan oleh ALLAH bagi mereka yg bersedekah dengan harta yg haram.(Al-Hadis)
17.Tiada bersabda Nabi SAW: orang yg member makan atau sedekah dgn sesuap daripada yg haram maka ALLAH akan member kepadanya daripada besi yg dihancurkan daripada api neraka Jahannam hingga cair seperti air. Apabila dimakannya putuslah isi perutnya. Masuk makanan itu daripada mulutnya,keluar daripada duburnya. Maka berserulah Malik Zabaniah: Inilah balasan orang yg berusaha mendapatkan rezeki yang haram dan memakan ia daripadanya dan bersedekah ia daripadanya. (Al-Hadis)

Saturday, November 7, 2009

"MaLaikAt, MaNuSiA dAn HaIwAN"

Posted by aminalhafiz zainol

MALAIKAT, MANUSIA,HAIWAN

Malaikat: diberi kepadanya akal, tidak diberi nafsu.
Haiwan: diberi kepadany nafsu, tidak diberi akal.
Manusia: diberi kepadanya akal dan diberi kepadanya nafsu..

Kalau akal manusia dapat mengalahkan(menundukkan) nafsunya, maka naiklah manusia ke darjat Malaikat,bahkan melebihi Malaikat jika dia kuat beramal ibadat kepada ALLAH. Tetapi, jika dia tunduk kepada nafsunya,dikalahkan oleh nafsunya maka turunlah dia kepada darjat haiwan.
Awasilah kepada nafsu yang sentiasa didorong oleh syaitan. Nafsu, adalah musuh yang jahat yang payah dikalahkan, sukar ditundukkan kerana dia berada di dalam diri kita yang dikendalikan syaitan. Payah mengawasinya dan susah mengatasinya, sentiasa mencabar keimanan kita.

UNTUK MENGATASINYA:
· Hendaklah melawan nafsu dari bertindak semahu-mahunya
· Hendaklah sentiasa meningkatkan amal ibadat
· Hendaklah memohon bantuan ALLAH, minta diselamatkan dari bahaya nafsu angkara jahanam yang mencabar
· Minta diteguhkan iman dan taqwa supaya dapat melawan nafsu

AL-BAQIK

AL-BAQIK