"Wazakkirfainnazzikraatanfau'lmukminin"

..Dan ENGKAU berikan peringatan,sungguh peringatan itu bermanfaat untuk orang-orang mukmin..

.....SELAMAT DATANG.....

..maRi mEnGeNaL NaMa2 ALLAH ROBBU JALAL..

Powered By Blogger

JuNdULLaH

JuNdULLaH

" TAT MAINNA QULUB "

" TAT MAINNA QULUB "

Save Islam !!!!!!

Save Islam !!!!!!

Thursday, February 18, 2010

Say NO to VALENTINE!!

Posted by aminalhafiz zainol


Assalamualaikum kepada saudara2 seagamaku yg sentiasa disayangi..semoga kalian sentiasa dikurniakan kesihatan yg memuaskan dan berbahagia slalu..

Sudah lama rasanya ana tidak memuatkan sebarang entri2 terbaru di sini..utk kali ni ana hanya ingin menyuarakan sesuatu berkenaan dgn hari valentine yang baru shaja diraikan oleh sebilangan kekasih2 yg mungkin ada yg ternanti2 kemunculan hari tersebut utk disambut dgn begitu romantis dan sebagai tanda penhargaan kepada pasangan masing2 setiap tahun.

Secara umumnya kita pasti tahu kan apa itu hari KEKASIH ataupun lebih sinonim digelar hari VALENTINE ?? Segala2nya pasti tergambar sesuatu yg indah dan dapat meninggalkan kenangan buat sepasang kekasih bukan? adakah itu budaya kita sbagai seorang umat yg mengaku dirinya adalah ISLAM..tidak bukan??adakah kita tergolong dlm golongan yg sepatutnya meraikan hari tersebut?? juga tidak bukan?? ini hanyalah pendapat dari ana,seseorang yg tidak menyokong hari2 sebegini utk diraikan..terpulanglah pd yg lain utk menerimanya ataupn tidak..

Sebenarnya banyak persoalan2 yg masih lg bermain difikiran ana..dari apa yg ana perhatikan dan mengamati keadaan sekeliling ana..ana dapati telah ramai anak2 remaja kita yg masih di bwah umur dan sememangnya boleh dikatakan masih kurang matang serta masih memerlukan pengawasan dan pemerhatian dari ibu bapa telah bebas utk keluar bersosial..xkisah lah sama ada yg keluar berkumpulan ataupn berduaan2..tetapi yg pastinya mereka telah diberi kebebasan utk bersosial tanpa pengawasan dari ibu bapa sewenang2nya..apa tah lg bila dilihat dari sudut mereka berpakaian..bertambah menyakitkan mata bukan??kdg2 ana sendiri berasa malu melihat adik2 abg2 kakak2 seagama n sebangsa kita berkelakuan tidak bermoral sebegitu.
Saban hari..apa yg kita dpt lihat di depan dada akhbar??kes buang bayi! mayat bayi ditemui di sekian sekian tempat! apa ni? terlalu menyedihkan! Siapakah yg harus dipersalahkan dlm hal2 sebegini?? ana di sini bukan lah utk menunding jari hendak menyalahkan sesiapa..tetapi cuba fikirkan seandainya ibu bapa,anak2 dan masyarakat sekeliling memainkan peranan masing2 adakah semua ini akan berlaku??

Kita berbalik pada topik kita berkenaan dgn hari VALENTINE..

Menurut sejarah, Hari ini disambut adalah kerana ingin mengingati jasa seorang tokoh pendeta kristian yang hidup di zaman romawi.Beliau adalah St.Valentine,beliau dikatakan merupakan seorang pejuang hak asasi manusia .Pada zaman itu Penguasa Romawi adalah Raja Claudius II (268-270M).seorang raja yang kejam.Beliau melarang rakyatnya 'bernikah' dengan alasan rakyatnya tidak mahu menyertai tentera.Tetapi arahan raja tetap tidak di dengari oleh pendeta bernama valentine ini.Beliau tetap sahaja menjalankan tugasnya 'menikahkan' orang.Suatu hari kegiatannya tertangkap oleh tentera dan beliau telah dihukum bunuh oleh penguasa Romawi ketika itu.Jadi untuk mengagungkan beliau sebagai simbol ketabahan,keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi dugaan hidup,para mengikutnya menjadikan hari ini sebagai upacara keagamaan.Dan untuk sekian lamanya upacara keagamaan telah bertukar menjadi sebuah tradisi 'kuning'.(dipetik dari sumber yg bole dipercayai..wallahualam)

Ini sejarahnya! jelas2 kefahaman mereka bertentangan dengan akidah islam..terlalu mudah utk masyarakat sekarang terpengaruh dgn keadaan sekeliling tanpa usul periksa dan mengkaji dgn lebih mendalam..yg mereka tahu adalah keseronokan..kata anak2 zaman skrg "ala relax la..muda lg kita enjoy la,bila lg nk enjoy kalau bukan masa2 mcm ni?"! pantang dinasihat sikit.."ala da mula da makcik ni membebel!" entahlah..semuanya serba x kena..adab berckp pn dah x terjaga..bila dah ditegur mula la nk melenting! biasa lah sape yg kluar dting waktu tu..mst la diraikan dlm suasana yg romantis..semua ini mendorang utk terjerumus dlm kancah maksiat pabila syaitan dan iblis menjadi org tgh pd mereka yg benar2 dilamun asmara..time tu gerak geri mula la lincah memainkan peranan..dari satu tempat berubah ke satu tempat.. hawa nafsu pastinya meruap2..MasyaALLAH..ingatkah mereka pada DOSA2 yg mereka kumpulkan???tidak takutkah mereka pada ALLAH??Nauzubillah..!

Ana di sini bukanlah utk meletakkan hukum kerana ana sendiri belum arif dan masih banyak yg perlu ana perbetulkan setiap kekurangan yg masih ada dlm diri ina..ana di sini hanyalah meluahkan rasa terkilan buat saudara2 kita yg masing meraikan perayaan2 sebegini dan menjadikan semua ini sbg sbhagian daripada budaya dlm negara kita..sama2 lah kita mencegah dan membendung perkara ini daripada terus di salah ertikan oleh segelintir masyarakat yg kurang mengambil berat akan perkara2 yg dpt meruntuhkan akidah kita sebagai sebuah masyarat ISLAM. perbanyakkan istighfar dan sentiasalah memohon keampunan daripada-Nya. semoga kita tergolong dlm golongan yg sentiasa terpelihara,diberkati dan diterima taubat oleh ALLAH swt :)

Sekian,wassalam..

AL-BAQIK

AL-BAQIK