"Wazakkirfainnazzikraatanfau'lmukminin"

..Dan ENGKAU berikan peringatan,sungguh peringatan itu bermanfaat untuk orang-orang mukmin..

.....SELAMAT DATANG.....

..maRi mEnGeNaL NaMa2 ALLAH ROBBU JALAL..

Powered By Blogger

JuNdULLaH

JuNdULLaH

" TAT MAINNA QULUB "

" TAT MAINNA QULUB "

Save Islam !!!!!!

Save Islam !!!!!!

Tuesday, June 16, 2009

..ReNuNGkAn...

Posted by aminalhafiz zainol

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran,
orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup !
~aReMeAnYsDa09~

..BiCaRa CiNtA..

Posted by aminalhafiz zainol

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun merekatelah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanp berpatah lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. "Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu." [Raja Pedang Deir]
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamusayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua Bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian, dan kenangan adalah hal terindah yangpernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yangkamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukardiperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yang mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpamenodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.


Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya... Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, karena cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub )


Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
~aREmEaNySdA09~

Wednesday, June 3, 2009

HiKmAh BeRSeLaWat..bErSeLaWatLaH!!!...

Posted by aminalhafiz zainol

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.”
(al-Ahzab 56)


Bersumberkan daripada At Taiyimi katanya,


”Apabila mereka berselawat ke atas Nabi s.a.w. maka para malaikat pun turut berselawat bersama mereka sehinggalah mereka selesai berselawat.”

Satu kali selawat Allah akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.

Satu kali selawat Allah akan mengangkatnya dengan 10 darjat.


Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w.

Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah Taa’la tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan bumi.

Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. di hari kiamat nanti.

Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat untuk Nabi s.a.w.

Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada.

Dapat membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah.

Mewariskan kecintaan Rasulullah terhadap umatnya.

Akan terselamat dan terpelihara daripada segala apa yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahu pun akhirat.

Dengan membaca selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.

Akan mendapat nur yang bersinar-sinar di hati apabila kita berselawat 100 kali dengan bersungguh-sungguh.

Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bila kita berselawat sebanyak 10 kali.

Allah akan meluas dan melapangkan rezekinya dari sumber-sumber yang tidak diketahui.

Allah akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di hari kiamat nanti.

Mendapat keberkatan dari Allah bagi dirinya dan juga keluarganya.

Mendapat rasa kasih sayang dari hati-hati orang mukmin terhadapnya.

Akan mendekatkan dirinya dengan Telaga Haudh (Telaga Rasulullah s.a.w.) serta dapat pula meminumnya di hari kiamat nanti.

Dapat melepaskan diri seseorang itu darText Colori tergelincir semasa melalui titian Sirat dan ia dengan selamat menuju ke syurga.

~aReMeAnYsDa09~


..kHaSiAt SuRaH-sUrAh pEnDeK..

Posted by aminalhafiz zainol

1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)

• Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
• Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

• Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.
• Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

• Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
• Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
• Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain :
• Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:
• Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:
• Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

• Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.


(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

• Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

• Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

• Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang.
• Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)

• Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana.
• Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)

• Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya.
• Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

• Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

~aReMeAnYsDa09~

Wednesday, May 27, 2009

sEmALam ItU iNdAh BgKu..!

Posted by aminalhafiz zainol

^..BiSMiLLaHiRRaHmANiRRaHiM..^
semalam..
detik indah bagiku..
alhamdulillah..
tiada terucap..
melainkan
syukur kalam pertamaku..
selamat tinggal kenanganku..
selamat datang masa depanku...
restu telah bertapak di hati kedua umi n walid kami..
kini..
kau milikku..
ku milikmu..
namun kita berdua tetap milikNya slamanya..
satu harapan..
satu tujuan..
satu destinasi..
satu perjuangan..
satu pengorbanan..
demi redho Ilahi..
duniawi ukhrawi..
moga diperkenankan..
moga dijodohkan..
moga berkekalan..
moga sentiasa disirami nur kasih..
agar masjid yg bakal dibina akan berkekalan..
bersama putera puteri tersayang..
Aminnnn!!amin ya rabbal alamin..
~aReMeAnYsDa09~

Monday, May 25, 2009

Posted by aminalhafiz zainol

SUARA YANG DIDENGARi MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya


Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;


1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu?
• Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu?

• Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu?

• Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."?

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...

o Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah

o Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara

o Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

o Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara

Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan

 Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha

 Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

 Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal

 Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya

 Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

 Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

 Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat

 Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."


Ketika Mayat Siap Dishalatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

 Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat

 Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik

 Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...


 Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...


 Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis


 Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka

 Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian.... Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....

 Kini Kau Tinggal Seorang Diri

 Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

 Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

 Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri

 Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku

 Hari Ini,....

 Akan Kutunjukan Kepadamu
 Kasih Sayang-Ku

 Yang Akan Takjub Seisi Alam

 Aku Akan Menyayangimu

 Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang

 Kembalilah Kepada Tuhanmu

 Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya

 Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku

 Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"


Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaranbagimu!

Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
[aminnn!!!]
~aReMeAnYsDa09~

..MuKJiZaTNyA AzAn..

Posted by aminalhafiz zainol

Pesanan Semasa Mendengar Azan!...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya

"Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.


Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin..amin Yarobbalalaminnn



WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:


1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
~aReMeAnYsDa09~

..AnK Yg MEndErHaKA pAdA ALLAH n ibUnYa..

Posted by aminalhafiz zainol

Assalamua'laikum,

Cerita ini bukan rekaan atau hiasan,Ia adalah benar dan baru berlaku di OMAN.

Disini ade skit cerita utk pengajaran kita semua. attachment is gambar seorg wanita yg telah berubah bentuk badannya akibat menderhaka kpd Allah dan ibunya.kisahnya begini...


ade seorg budak pompuan ni...dia nk tgk tv....rancangan hiburan.

Kebetulan kat situ tu...mak dia tgh duk baca Al-Quran. dia marah kt mak dia, dan dia halau mak dia dr tmpt tu sbb dia kata bacaan Al-Quran dr mulut mak dia tu mengganggu dia. tp, mak dia teruskan jugak baca Al-Quran...tanpa hiraukan anaknya tu. Budak pompuan ni...dia rasa geram giler kat mak dia, lantas dia pun pegi rampas Al-Quran dr tgn mak dia, dan dia hempaskan ( buang )Al-Quran tersebut ke lantai.


mak dia terus pegi ambik Al-Quran itu dan terus peluk Al-Quran itu di dadanya. tiba2, budak pompuan tadi, terus rebah dan menggelepar kesakitan dan dgn kuasa Allah SWT, budak pompuan itu terus bertukar menjadi seperti haiwan(see attachment).

cerita ni berlaku kt Oman. skrg budak pompuan ni ditempatkan di sebuah
hospital di Oman.Kalau tak percaya contact hospital Oman dan siasat.
begitu lah padanya kalau kita derhaka pada Allah, Rasul dan kedua
ayahbonda kita. jd kan lah kisah ini sbg pengajaran. semoga kita dijauhkan dr tergolong dlm kalangan org2 yg derhaka...na'uzubillah.


cerita ni saya dh translate dr website bhs arab. utk rujukan..go to :
http://www.palislam.com.../ (See attached file: Hukuman.jpg

[kalu xjmpa page ni tny sy ye melalui comment di sini=)..]

~aReMeAnYsDa09~

..sUdAh TaHuKaH AnDa??..

Posted by aminalhafiz zainol

NAMA-NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA

Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda ketika Jibril bertanya kepada beliau tentang iman,

“Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari Akhirat dan beriman kepada takdir baik dan buruk-Nya” (HR. Muslim no. 8, dari Umar bin Khaththab radhiyallaHu ‘anHu)


Dalam hadits shahih yang lain Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,

“Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diciptakan kepada kalian” (HR. Muslim no. 2996, dari ‘Aisyah radhiyallaHu ‘anHa)


Berikut ini nama beberapat malaikat-malaikat Allah Ta’ala beserta tugas-tugasnya

1. JIBRIL - Menyampaikan wahyu
2. MIKAIL – Dialah yang diserahi tugas mengatur hujan , tumbuh-tumbuhan dan menyampaikan semua rizki di dunia.
3. ISRAFIL - meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan, tiupan kedua adalah tiupan kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan.
4. IZRAIL – Mencabut nyawa kita
5. MALIK - Dia adalah penjaga neraka
6. RIDHWAN - Dia adalah penjaga Surga.
7. MUNKAR DAN NAKIR - Menyoal kita apabila berada di alam Barzakh
8. ATID dan RAKIB – Menulis kebaikkan dan keburukkan

RUKUN IMAN

1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Rasul
3. Percaya kepada malaikat
4. Percaya kepada kitabAl-Quran
5. Percaya kepada hari akhirat
6. Percaya kepada qada dan qadar


RUKUN ISLAM

1. Syahadah ( Mengucap )
2. Sembayhang
3. Puasa
4. Zakat
5. Haji atau Umrah

~aReMeAnYsDa09~



..cUkUp2 La BuAt mAkSiAt..iNsAf LaH wAHAi TeMan2

Posted by aminalhafiz zainol

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham (Seorang Wali Allah s.w.t.) . Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya ."


Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan ? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah ?


"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya ? "


" Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya ! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.


Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya ? "


" Ya ! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.


Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya !


Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana ? Mana mungkin Allah tidak melihat kita ?


"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat ?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.



Ibrahim melanjutkan



Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ' Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh '." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku ? "


"Wahai Abdullah( Bahasa M'ysia Hamba Allah ), kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah ? "


" Baiklah, apa syarat yang kelima?"


Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke Api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya ."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya dan pasti aku kena mengikut Nya keNeraka kerana aku membuat makiat Diatas Dunia ini . "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.

Maka Air matanya bercucuran kerana keinsafan kemaksiatan .

" Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah ." katanya sambil terisak-isak.
[insaf??]
~aReMeAnYsDa09~

AL-BAQIK

AL-BAQIK