"Wazakkirfainnazzikraatanfau'lmukminin"

..Dan ENGKAU berikan peringatan,sungguh peringatan itu bermanfaat untuk orang-orang mukmin..

.....SELAMAT DATANG.....

..maRi mEnGeNaL NaMa2 ALLAH ROBBU JALAL..

Powered By Blogger

JuNdULLaH

JuNdULLaH

" TAT MAINNA QULUB "

" TAT MAINNA QULUB "

Save Islam !!!!!!

Save Islam !!!!!!

Sunday, June 28, 2009

Posted by aminalhafiz zainol

~ Dari Abu DARDA ~

Dari Abu Darda r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Orang-orang yang suka mengutuk tidak dapat memberi syafaat dan memberi kesaksian pada hari kiamat." - Sahih Muslim

Dari Anas b. Malik r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Syurga dikelilingi dengan segala hawa nafsu dan neraka dikelilingi oleh segala yang disukai hawa nafsu." - Sahih Muslim


Dari Aishah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang yang mengerjakan sembahyang pada waktu malam lalu digagahi sehingga tertidur, melainkan dituliskan baginya pahala sembahyang dan tidurnya itu adalah sedekah." - Riwayat Bukhari & Muslim


Nabi s.a.w. bersabda; "Telah datang kepadaku utusan Tuhanku dan memberitahu, siapa yang membaca selawat untukmu dari umatku satu kali maka Allah akan mencatat untuknya 10 hasanat dan menghapus daripadanya 10 dosa dan dinaikkan 10 darjat dan dijawab atasnya sesuai dengan selawatnya." - Riwayat Ahmad


Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat maka akan menjadi cahaya yang terang untuknya dari tempatnya sampai ke Kaabah." - Riwayat al Baihaqi dari Abu Saied r.a.

Berita dari Anas r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan ditunda ajalnya (dipanjang umurnya) maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan." - Riwayat Bukhari dan Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. katanya; "Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana agamanya nescaya engkau bahagia." - Sahih Muslim

Abu Hurairah menceritakan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda; "Tidak ada seorang anak pun yang dilahirkan, melainkan dia dilahirkan dalam keadaan suci bersih, maka ibubapanyalah yang menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi." - Sahih Bukhari

Dari Abu Isa Al-Mughirah bin Shuibah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya; "Sesungguhnya Allah Taala mengharamkan ke atas kamu mensia-siakan harta benda (sendiri / awam)." - Riwayat Bukhari & Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; "Tiada dosa yang lebih banyak untuk disegerakan oleh Allah seksanya di dunia ini disamping apa yang disediakan kelak di akhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan keluargaannya." - Riwayat Attirmidzi & Ibn Majah dari Abu Bakar r.a.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Seorang hamba berkata, "Hartaku! Hartaku! Pada hal hartanya yang sesungguhnya 3 macam: 1)Apa yang dimakannya lalu habis 2)Apa yang dipakainya lalu lusuh 3)Apa yang disedekahkannya lalu tersimpan (untuk Akhirat). Selain dari 3 macam itu lenyap atau ditinggalkan bagi orang lain." - Sahih Muslim


Nabi s.a.w. bersabda; "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, maka Allah akan memberinya rahmat 10 kali (Allah akan berselawat padanya 10 kali)." - Riwayat Albaihaqi

Dari Abdul Rahaman bin Jabr r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Kedua telapak kaki hamba Tuhan yang berdebu kerana berjihad agama Allah tiada disentuh api Neraka." - Sahih Bukhari

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w. menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah." - Sahih Bukhari

Dari Anas, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah melepaskan kewajipan berpuasa dan sebahagian sembahyang kepada para musafir dan kewajipan berpuasa kepada ibu-ibu yang hamil dan menyusukan anak." - Riwayat Al-Khamsah

Dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Allah mengasihi orang yang murah hati ketika menjual, ketika membeli dan ketika menagih." - Sahih Bukhari


Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w. menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah." - Sahih Bukhari

Dari Salim b. Abdullah r.a. dari ayahnya, katanya; "Nabi s.a.w. lalu dihadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu maka sabda Rasulullah s.a.w. kepadanya: "Biarkanlah! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman." - Sahih Bukhari

Abu Hurairah r.a. berkata; Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; "Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya kemudian pergi ke masjid untuk Jumaat dan mendengar khutbadan memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya." - Riwayat Muslim dan Ahmad


Dari Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda; "Tuhan tidak memberikan hukuman umatku terhadap apa yang tergerak dalam dadanya (keinginan yang salah) selagi belum dikerjakan atau belum diucapkannya." - Sahih Muslim

Dari Abu Hurairah r.a., katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Setiap anak Adam yang baru lahir, disentuh oleh syaitan ketika lahirnya itu, lalu dia memekik menangis kerananya selain Mariam dan anaknya." - Sahih Bukhari


Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi s.a.w. sabdanya; "Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Ada pun malu adalah salah satu cabang iman." - Sahih Bukhari

Dari Abdullah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Memaki orang muslim adalah durhaka (fasik) dan membunuhnya adalah kafir." - Sahih Bukhari


Anas b. Malik r.a. mengkhabarkan; "Apabila Nabi s.a.w. hendak masuk ke tandas beliau membaca, Ya, Allah! Saya berlindung dengan Engkau dari bahaya kotoran dan dari segala macam yang membahayakan." - Sahih Bukhari

Abu Qatadah r.a. mengatakan bahawa Nabi bersabda; "Apabila seseorang kamu buang air, jangan menyentuh kemaluan dengan tangan kanan itu dan jangan bernafas ke dalam bekas waktu minum." - Sahih Bukhari

Nabi s.a.w. bersabda; "Aku melarang orang duduk sambil mengikat punggung dengan betisnya dengan serban untuk sandaran ketika mendengar khutbah Jumaat." - Riwayat Abu Dawud & Attirmidzi dari Muaz bin Anas r.a.

Dari Anas r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak sempurna iman seseorang kamu sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu bapanya, anaknya dan manusia umumnya." - Sahih Bukhari

Dari Anas r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak sempurna iman seseorang kamu, sebelum ia menyukai saudaranya sesama Islam apa yang disukainya untuk dirinya sendiri." - Sahih Bukhari


Berita dari Abdullah b. Umar r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Solat berjemaah lebih utama dari solat bersendirian dua puluh tujuh darjat." - Sahih Bukhari

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Janganlah kamu kencing di air tenang yang tidak mengalir, kemudian kamu mandi pula di situ." - Sahih Bukhari

Ayyub Al-Ansari r.a. mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Apabila buang air (besar atau kecil) janganlah mengadap atau membelakangi kiblat. Menghadaplah ke timur atau barat." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak maka aku dan dia seperti 2 ini kelak di Syurga." Rasulullah s.a.w. mengisyaratkan dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan). - Sahih Muslim

Dari Sufyan b. Abdullah ats Tsaqafi r.a. katanya dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Ya Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku suatu perkataan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain." Jawab Rasulullah s.a.w. "Ucapkanlah, Aku beriman kepada Allah, kemudian teguhkan pendirianmu itu." - Sahih Muslim

Dari Anas r.a., dari Nabi s.a.w., "Sesungguhnya Nabi, apabila mengucap satu patah kata, diulangnya sampai 3 kali, sehingga orang mengerti maksudnya dan apabila Nabi datang kepada satu kaum, beliau memberi salam kepada mereka, sampai tiga kali." - Sahih Bukhari

Dari Aisyah r.a. katanya; "Nabi s.a.w. selama ada kemungkinan, lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala urusannya seperti bersuci, menyisir rambut dan memakai terompah." - Sahih Bukhari

Nabi s.a.w. bersabda; "Seutama-utama perjuangan seseorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya." - Riwayat Bukhari dan Muslim

Dari Abu Qatadah As Salami r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Apabila seseorang kamu masuk masjid, hendaklah solat dua rakaat sebelum duduk." - Sahih Bukhari

Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; "Kerjakan sebahagian solat anda di rumah anda dan janganlah anda jadikan rumah anda menjadi kuburan." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak; "Mana orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Hari ini Kunaungi mereka, dimana tidak ada naungan yang lain selain keagunganKu." - Sahih Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa meninggalkan sembahyang Jumaat 3 kali tanpa keuzuran, maka dia adalah munafik." - Riwayat Ibnu Hibban

Ka'ab bin Malik r.a. berkata; "Apabila Rasulullah s.a.w. baru kembali dari suatu perjalanan, lebih dahulu beliau datang ke masjid dan solat di sana." - Sahih Bukhari

Berita dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya; "Sempurnakan sujudmu! Jangan meletakkan kedua lenganmu dalam sujud ke bumi seperti anjing dan apabila meludah janganlah meludah ke hadapan atau ke kanan kerana anda sedang berbisik dengan Tuhan." - Sahih Bukhari

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. keduanya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu cubaaan yang menimpa-nimpa orang mukmin seperti sakit biasa, kesusahan, sakit berat, kesedihan dan kecemasan, melainkan Allah Taala menghapuskan dosa-dosanya kerananya." - Sahih Muslim

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya; "Barang siapa lupa solat, maka hendaklah ia solat ketika ingat, tiada denda baginya melainkan hanya itu dan tegakkanlah solat untuk mengingati Allah." - Sahih Bukhari Berita dari Abu Qatadah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Apabila muadzin telah qamat untuk solat, maka janganlah kamu berdiri lebih dahulu, sebelum melihatku (berdiri di hadapanmu), dan hendaklah kamu bersikap tenang." - Sahih Bukhari

Dikhabarkan oleh Ibnu Umar r.a. katanya; "Nabi s.a.w. melarang seseorang menyuruh kawannya berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia sendiri yang menduduki tempat itu." - Sahih Bukhari

Nabi s.a.w. bersabda; "Tiadalah mata pencarian yang lebih baik bagi seseorang daripada makan hasil usahanya sendiri dan seseungguhnya Nabi Allah Daud a.s. makan hasil usahanya sendiri." - Riwayat Bukhari


Diceritakan oleh Ibnu Umar r.a. dari Nabi s.a.w. beliau bersabda; "Jika isterimu meminta izin kepadamu untuk pergi ke masjid di malam hari, hendaklah kamu izinkan." - Sahih Bukhari

Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang menghiburkan orang yang ditimpa musibah maka dia mendapat pahala sama seperti yang menderita itu." - Riwayat Attirmidzi dari Ibn Mas'ud r.a.

Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Mereka solat menjadi imam solat bagimu, maka jika mereka betul, dia dan kamu mendapat pahala tetapi jika ia salah kamu tetap mendapat pahala, sedangkan mereka berdosa." - Sahih Bukhari


Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Apabila seseorang kamu solat (menjadi imam), hendaklah meringkaskannya kerana diantara makmum, ada yang lemah, orang sakit dan orang tua dan apabila dia solat sendirian panjangkan sekehendak hatinya." - Sahih Bukhari

Berita dari Nu'man bin Basyir r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Luruskan shaf (barisan) mu! Atau Allah akan mempertikaikan arah mukamu (berpecah belah) nanti?" - Sahih Bukhari

Diberitakan oleh 'Ubbadah bin Shamit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak (sah) solat orang yang tidak membaca Surah Al Fatihah." - Sahih Bukhari

Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Apabila kamu berkata kepada temanmu di hari Jumaat, "diamlah", padahal imam sedang berkhutbah maka sesungguhnya engkau pun salah." - Sahih Bukhari

Dari Ummu Habibah r.a. isteri Nabi s.a.w., ia mengatakan bahawa ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak halal bagi wanita yang percaya kepada Allah dan hari yang akhir, berkabung lebih dari tiga hari kerana kematian,selain terhadap suami selama empat bulan sepuluh hari." - Sahih Bukhari

Dari Anas r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Seorang Muslim yang kematian tiga orang anak yang belum baligh, dimasukkan Allah ke dalam Syurga, kerana limpahan rahmat dari Allah terhadap mereka." - Sahih Bukhari

Dari Sahat b Saad As Sai'di r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri sembahyang maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya maka setiap kali dia rukukatau sujud berjatuhanlah dosa-dosanya itu." - Riwayat Athabarani & Albaihaqi dari Umar r.a.

Dari Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya waktu seseorang kamu sedang solat, syaitan datang menggoda, sehingga tidak diketehuinya telah berapa rakaat dia solat maka apabila kejadian seperti itu terjadi pada kamu, sujudilah dua kali waktu duduk." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Satu kali solat di masjidku ini, lebih baik daripada seribu kali solat ditempat lain melainkan di Masjidil Haram." - Sahih Bukhari

Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahawa Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak halal seorang wanita yang percaya kepada Allah dan hari Akhirat berjalan sehari semalam tanpa ditemani muhrimnya." - Sahih Bukhari

Dari Jabir r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika ia sedang berkhutbah, katanya; "Apabila seorang kamu ke masjid dan imam sedang berkhutbah atau dia telah datang untuk itu, solatlah kamu dua rakaat (sebelum duduk)." - Sahih Bukhari

Dari Semurah r.a. diceritakan dari Nabi s.a.w. berkenaan mimpi, sabda Nabi s.a.w.; "Barang siapa bermimpi, seolah-olah kepalanya di pukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari Al-Quran tetapi tidak diamalkan dan solat wajib ditinggalkan." - Sahih Bukhari

Dari Anas b. Malik r.a. katanya; "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. melarang menjual buah-buahan sebelum masak, sehingga berwarna kemerah-merahan." - Sahih Bukhari


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya; "Berjalan adalah azab, ia menghalangi kamu makan, minum dan tidur maka apabila urusanmu telah selesai, segeralah kembali kepada keluargamu." - Sahih Bukhari

Dari Hafshah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Ada lima macam binatang yang tidak berdosa jika seseorang membunuhnya iaitu gagak, helang, tikus, kala jengking dan anjing yang berbahaya." - Sahih Bukhari
are_danys

0 comments:

Post a Comment

AL-BAQIK

AL-BAQIK