"Wazakkirfainnazzikraatanfau'lmukminin"

..Dan ENGKAU berikan peringatan,sungguh peringatan itu bermanfaat untuk orang-orang mukmin..

.....SELAMAT DATANG.....

..maRi mEnGeNaL NaMa2 ALLAH ROBBU JALAL..

Powered By Blogger

JuNdULLaH

JuNdULLaH

" TAT MAINNA QULUB "

" TAT MAINNA QULUB "

Save Islam !!!!!!

Save Islam !!!!!!

Sunday, November 8, 2009

FaDhilAt bErSeDeKaH

Posted by aminalhafiz zainol

1. Hadis daripada Abu Hurairah, katanya: Aku dengar Rasulullah saw bersabda: Kata seorang sahabat: Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir? Jawab Nabi: bahawa meraka adalah makhluk ALLAH. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat TUHAN yang RAHMAN!
2. Malaikat berseru: Hai Tuhanku! Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yg enggan(bakhil) bersedekah hartanya. (Al-Hadis)
3. Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan sedekah terang-terangan itu pengadang neraka.
4. Kata ulamak: Sedekah itu 10 kepujian; 5 di dunia dan 5 di akhirat
· 5 di dunia
§ mencucikan hartanya
§ mencucikan badannya
§ menolak bala dan penyakit
§ menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulai amal
§ berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
· 5 di akhirat
-dinaungkan ALLAH orang bersedekah dihari qiamat ketika sangat panas
-ringan hisabnya
-berat timbangan(amalan) di akhirat
-mudah melalui titian Siratulmustaqim
-bertambah darjatnya di dalam syurga
5. Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan (Al-Hadis)
6. Takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma, kiranya tidak berupaya maka bercakaplah dengan perkataan yang baik (menjadi sedekah juga bagimu) Al-Hadis
7. Bersedekahlah kamu ke atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air. Kalau tiada berkemampuan bacalah satu ayat kitab ALLAH, kalau tidak tahu membacanya, maka berdoalah kamu kepada mereka dengan minta diampuni dan dirahmati ALLAH kepada mereka
8. Jangan menghinakan berbuat kebaikan(bersedekah) walau sedikit sekalipun. Bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah ia akan sedekah. Apabila dating peminta sedekah kepadamu janganlah ditolak akannya dengan jahat walau sedikit pun. Berbahasalah dengan manis muka. Jangan mencaci dan menengking kepada peminta sedekah kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar dosanya daripada pahala sedekahmu itu walau sedekahmu itu separuh daripada hartamu. Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta pada mu itu kerana kadang-kadang datang kepadamu itu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang deberi ALLAH daripada nikmatNYA (rezeki) kepadamu. (Al-Hadis)
9. Barangsiapa menengkin g kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh Malaikat pada hari qiamat.( Al-Hadis)
10. Maskahwin bidadari itu(sedekah) segenggam buah kurma dan sebelah roti(Al-Hadis)
11. Tiada kurang harta dari sedekahnya itu. (Di dunia ditambah berkat hartanya dan menolak bala, di akhirat diberi pahala, diampun dosanya dan dikurniakan syurga. (Al-Hadis)
12. Sabda Nabi saw: ASSODAQOTU SYAIUN A’ZHIMUN.. “Sedekah itu adalah sesuatu yang amat besar”- diulangi baginda 3x ( begitu sekali Nabi menekankan kebesarab kelebihan bersedekah)
13. Sedekah menolak bala dan memanjangkan umur. (Al-Hadis)
14. Dari sebuah Hadis mengisahkan: Bahawa seorang membuat jamuan maka ALLAH menyuruh datang Malaikat 44 harisebelum diadakan jamuan. Malaikat itu merupakan burung putih, dua sayapnya panajang di antara masyriq dan maghrib. Dia berhenti di pintu rumah, lalau menyeru ahli rumah, lalu dijawab oleh Jibril: Apa maksudmu dengan agli rumah itu? Maka jawab Malaikat itu: Aku diutus oleh ALLAH kepada ahli rumah ini utk menggembirakan mereka bahawa jamuan mereka pada hari ……… inilah rezeki bersamaku dari syurga, dan bersama burung itu surat yang termetri pada mulutnya. Bertanya Jibril: Apa surat itu? Jawabnya: Di dalamnya tertulis mereka ahli rumah itu terlepas daripada neraka. Lalu diambil oleh Jibril surat itu dan dibukanya-tertulis di dalamnya:
BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM BAROATUN MINAL WAHIDIL QAHHAR
“Allahul Wahidul Qahhar melepaskan ahli rumah daripada api neraka”
Bagaimana, adakah menggembirakan engkau? Jawab Jibril: Ya, menggembirakan aku- gembira Jibril dan bercahaya mukanya kerana umat Muhammad terlepas daripada neraka. Kata Jibril: ALLAH utuskan aku, bahawa aku tulis bagi merak beberapa kebaikan, aku gugurkan beberapa kejahatan, aku angkatkan mereka beberapa darjat sehingga berhenti jamuan itu. Maka ALLAH ampunkan dosa2 mereka yang hidup dan yang mati dari ahli rumah itu dan yang hadir dalam jamuan itu.( Dari kitab RAUDHUL ULAMA’)
15. Orang yang taat kepada ALLAH dengan ibadatnya dan taat kepada ibu bapanya, tetapi bakhil – ia tiada bersedekah, maka ia diazab atas dosa bakhilnya di akhirat. Dia dimasukkan ke dalam neraka.
16. Berfaedah sedekah apabila sedekahnya daripada harta yang halal,maka diampunkan dosanya,diberikan pahala kepadanya, dilepaskan daripada bala, dilepaskan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila ia bersedekah dengan harta yang haram tiadalah apa2 faedah baginya melainkan azab ALLAH ke atasnya kerana memberi yang haram kepada orang. Bersabda Nabi saw: Di dalam neraka jahanam ada sebuah rumah yg bernama “BaitulHuzni” disediakan oleh ALLAH bagi mereka yg bersedekah dengan harta yg haram.(Al-Hadis)
17.Tiada bersabda Nabi SAW: orang yg member makan atau sedekah dgn sesuap daripada yg haram maka ALLAH akan member kepadanya daripada besi yg dihancurkan daripada api neraka Jahannam hingga cair seperti air. Apabila dimakannya putuslah isi perutnya. Masuk makanan itu daripada mulutnya,keluar daripada duburnya. Maka berserulah Malik Zabaniah: Inilah balasan orang yg berusaha mendapatkan rezeki yang haram dan memakan ia daripadanya dan bersedekah ia daripadanya. (Al-Hadis)

0 comments:

Post a Comment

AL-BAQIK

AL-BAQIK